skpppd.zoom-a.com
SK PASIR PANJANG PORT DICKSON
71250 PORT DICKSON N. SEMBILAN Tel : 066619032, Faks : 066619032
e-mel : skpppd@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | IKRAR SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI 2009 | PAUTAN | BUKU PELAWAT | H1N1 |

BERITA TERKINI

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR, PN ZULAINI DAN CIKGU ASIAH BINTI JAIN

2 Oktober 2009, satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Dewan Sri Nona dari jam 7:45 pagi hingga 12:05 tengahari. Acara sambutan dimulakan dengan bacaan Surah Yasin secara beramai-ramai. Dikesempatan ini juga satu majlis bagi menghargai jasa Guru Besar dan Cikgu Asiah telah diadakan. Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan. Semoga kejayaan di pihak anda berdua.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza Bil. 11/2009 yang diadakan pada hari ini yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah memutuskan perkara-perkara berikut:-

  1. Rawatan Antiviral Influenza
    1. Semua pesakit yang bersimptom influenza dan mempunyai risiko adalah diminta segera mendapat rawatan antiviral influenza di mana-mana hospital atau klinik yang berdekatan. Di fasiliti kerajaan rawatan adalah percuma.
    2. Individu yang sakit dengan simptom influenza, tidak termasuk dalam golongan berisiko tetapi mempunyai demam yang tinggi dan berpanjangan (lebih 2 hari) juga akan diberikan rawatan. Oleh itu mereka perlu memantau simptom demam yang berpanjangan untuk mendapat rawatan sewajarnya.
    3. Bagi mereka yang tidak termasuk di dalam golongan (a) dan (b) di atas, dan telah menjalani ujian “rapid test” serta positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam. Simptom yang dimaksudkan adalah sesak nafas, sakit dada berterusan, kahak berdarah, cirit-birit atau muntah berterusan, berkelakuan luar biasa, keliru, kurang responsif atau rasa pening kepala apabila berdiri.
  2. Pandemik influenza A telah memasuki fasa mitigasi, oleh itu tindakan penutupan sekolah dan institusi hanya akan diambil sebagai pilihan akhir. Tindakan penutupan sekolah/ institusi hanya akan dilakukan oleh pihak sekolah atau institusi bila kehadiran pelajar sangat rendah dan pembelajaran tidak dapat dibuat dengan baik. Pihak sekolah/ institusi bertanggungjawab untuk memutuskan status penutupan sekolah/ institusi/ kelas. Pihak sekolah/ institusi boleh mendapatkan nasihat daripada pegawai kesihatan daerah jika perlu.

    Tindakan yang perlu diambil adalah:

    1. Ibu bapa/ penjaga hendaklah memastikan anak mereka yang mempunyai gejala ‘infleunza like illness’ tidak hadir ke sekolah dan mendapatkan rawatan.
    2. Pihak sekolah diminta untuk membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap murid sekolah setiap hari dan merujuk ke klinik untuk rawatan lanjut.
  3. Rawatan oleh Klinik dan Hospital Swasta
    Semua klinik dan hospital swasta boleh merawat jangkitan influenza dan diminta untuk tidak menolak pesakit yang hendak mendapatkan rawatan di klinik atau hospital mereka. Pihak klinik dan hospital swasta boleh mendapatkan bekalan antiviral dari pihak pembekal secara terus. Untuk makluman, rawatan kes-kes ini tidak terhad kepada ‘designated’ hospital sahaja asalkan mempunyai kemudahan bilik isolasi juga boleh memberi rawatan.

  4. Penutup Mulut dan Sanitizer
    Saya meminta supaya pihak pengeluar, pembekal dan penjual penutup mulut dan sanitizer agar tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya. Penutup mulut dan sanitizer ini perlu untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan influenza A(H1N1) dalam masyarakat. Saya akan meminta kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memantau perkara ini.

  5. Vaksin dan Tamiflu
    Saya ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa vaksin dan antiviral adalah berbeza. Antiviral seperti Oseltamivir (Tamiflu) yang diambil secara oral dan Zanamivir (Relenza) yang diambil secara sedutan adalah ubat untuk merawat jangkitan influenza A(H1N1) dan ianya bukan vaksin. Vaksin untuk Influenza A(H1N1) masih belum ada sama ada di Malaysia atau di dunia.

Orang ramai diminta sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.


LAWATAN PENUH JEMAAH NAZIR SEKOLAH N. SEMBILAN DAN PERSEKUTUAN (6-10 APRIL 2009)

Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang mengalu-alukan kehadiran 17 orang pegawai dari Jemaah Nazir Sekolah dan Persekutuan yang diketuai oleh Tuan Haji Kamarudin Haji Abu Bakar. Gambar di atas menunjukkan keprihatinan Tuan Haji dalam meluangkan masa memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan Pasukan Kompang Sekolah yang berwibawa. Jemaah Nazir telah membuat pemantauan penuh.

KEJOHANAN BOLASEPAK MSSMD PORT DICKSON 2009 (RENDAH)

Bertempat di SK Kg Gelam Port Dickson, satu pertandingan telah diadakan di mana SK Pasir Panjang turut menghantar peserta seramai 18 orang murid-murid yang terdiri daripada Tahun 6 dan Tahun 5. SK Pasir Panjang berada di dalam kumpulan D yang mana turut disertai oleh 3 buah sekolah lagi iaitu SK Kg Gelam, SK Chuah dan SK Jimah Baru. Pertandingan peringkat awal ini dijalankan secara liga dan keputusannya, SK Pasir Panjang menang ke atas SK Chuah (1-0), SK Pasir Panjang tewas kepada SK Kg Gelam (0-5) dan juga tewas kepada SK Jimah Baru (0-4). Walaupun tewas syabas diucapkan kepada pemain kerana telah menunjukkan semangat jitu walaupun nasib tidak menyebelahi kita. Terima kasih kepada Cikgu AdiPutra (GPK HEM SKPP) kerana telah memberi sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit untuk pasukan sekolah. Kepada guru-guru yang melatih semua pemain, Ustaz Shah Joha, Cikgu Mustafa (GPK Koku), Cikgu Yazid  dan Cikgu Selva, terima kasih kerana sudi menghantar pemain ke pertandingan. Jumpa lagi tahun depan. Berlatih setiap hari pasti akan membuahkan hasil. Insya-Allah.

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU MUSTAZA BIN HJ SHAPIAI

13 Mac 2009 bersamaan hari Jumaat, merupakan hari yang amat memilukan bagi keluarga SKPP kerana kehilangan seorang guru yang amat berdedikasi terhadap sekolah selama beliau bertugas selama 20 tahun. Saya sendiri yang baru bertugas di sekolah ini lebih kurang 4 tahun 3 bulan merasakan satu kehilangan yang teramat besar kerana banyak lagi ilmu yang masih belum beliau turunkan kepada kami guru-guru baru. Pengalamannya terlalu berharga buat kami. Tunjuk ajarnya seperti intan dan permata. Terlalu barharga. Apapun kami amat berbangga kerana dapat berkhidmat dengan belaiau yang akan dinaikkan pangkat sebagai GPK Kokurikulum di SK Telok Kemang. Ampun dan maaf saya pinta sekiranya ada yang terguris di hati selama saya bertugas dengannya. Selamat Maju Jaya.

GOTONG ROYONG PERDANA 2009

7 Mac 2009 bersamaan hari Sabtu, program gotong-royong telah diadakan bermula jam 8:30 pagi dan tamat jam 12:00 tengahari. Guru, murid, ibubapa dan tidak ketinggalan kakitangan Majlis Perbandaran Port Dickson telah bersama-sama membersihkan persekitaran sekolah. Gambar di atas menunjukkan sebahagian murid yang turut serta membersihkan pagar sekolah. Hadir sama YDP dan Naib YDP PIBG sekolah. Usaha ini sedikit sebanyak dapat menyahut seruan kerajaan dalam menghijaukan bumi kita dan seterusnya sifar tempat pembiakan nyamuk aedes.

BULAN PANITIA MATEMATIK 2009

Bulan Mac merupakan bulan bagi Panitia Matematik. Bermula dengan Perasmian Pelancaran Bulan Panitia di Dewan Sri Nona pada 2 Mac yang lalu sehingga akhir bulan ini, iaitu selepas cuti pertengahan penggal pertama persekolahan, Panitia Matematik bagi SK Pasir Panjang telah mengaturkan beberapa program khas untuk murid-muridnya bagi meningkatkan prestasi mereka. Antara program-program yang akan berjalan sepanjang bulan panitia ini adalah seperti Program Bijak Sifir, Program Mengira Cepat, 'Terminology Bee', 'Corridor of knowledge', Jejak Sekolah dan Ceramah.  

KEJOHANAN OLAHRAGA (SUKAN TAHUNAN) 2009

Pada hari Khamis, 12 Februari 2009, SKPP telah mengadakan Kejohanan Olahraga (Sukan Tahunan) dengan jayanya. Kejohanan yang dilangsungkan di Padang Sekolah SMK Pasir Panjang sehari selepas SMK menganjurkan kejohanan sukan tahunan mereka dibuat kerana SK Pasir Panjang masih tidak memiliki padang sekolah sendiri yang sepatutnya. Kejohanan juga terpaksa dijalankan serentak dengan LeTour de Langkawi kerana perancangan telah dibuat awal lagi. Acara pembukaan telah dimulakan tepat jam 2.30 petang dengan perbarisan dan lintas hormat peserta di hadapan tetamu jemputan, pentadbir sekolah dan juga AJK PIBG. Ia kemudiannya disusuli dengan bacaan ikrar dan meletakkan bendera kejohanan. YDP PIBG, En. Ahamad bin Jaamat, telah sudi menghadirkan diri bagi menyampaikan amanat dan seterusnya merasmikan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan 2009, SK. Pasir Panjang. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan sukan tahunan 2009. Untuk Rumah Merah yang dipimpin oleh Cikgu Khusairi, selaku Johan Keseluruhan, tahniah diucapkan kerana telah berjaya mengekalkannya 5 tahun berturut-turut. Juga tahniah diucapkan kepada Rumah Hijau yang dipimpin oleh Cikgu Kamarulzaman selaku Johan Kawad. Rumah Biru yang dipimpin oleh Cikgu Faizul selaku Johan Khemah Tercantik.
PENGUMUMAN PENTING



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: