Pada tahun 1950, sebuah bangunan baru telah dibina bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Pada tahun 1978, sebuah lagi bangunan telah dibina. Bangunan ini menempatkan Bilik Guru Besar, Bilik Penolong Kanan dan Pejabat Sekolah. Pada tahun 2001 sekolah ini juga mendapat dua blok bangunan 4 tingkat yang baru. Dari sekolah beratapkan nipah dan berdindingkan papan, ia kini telah berubah wajah. Di bawah kepimpinan En. Ahmad b. Hj Ali, SKPP telah telah terpilih untuk 'Sekolah Harapan Negara' bagi tahun1993. Sejak diasaskan pada tahun 1901 sehingga ke hari ini, seramai 20 orang Guru Besar lelaki dan 2 orang Guru Besar perempuan telah berkhidmat di sini. Sebagai sebuah sekolah yang tertua dan terulung di Pasir Panjang, SKPP telah menabur bakti kepada masyarakat setempat dan juga telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya mencapai potensi yang membanggakan dalam bidang akademik mahupun di arena politik atau korporat.
|